PRK Sungai Besar: Dr. Rani calon terbaik PAS untuk menewaskan Amanah.

Posted by Cenangau on 30 May 2016 |

Walaupun ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan tak sanggup nak mengakui tapi realitinya keputusan PAS untuk letak Dr. Rani sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar adalah satu pilihan yang cukup bijak, mungkn pilihan yang paling bijak sejak muktamar PAS tahun lepas yang menyaksikan perwakilan PAS buat pilihan paling mengarut.
Harakahdaily melaporkan:
Dr Abdul Rani Osman terkejut dan tidak pernah terlintas dipilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun nanti. Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS itu diterima dan diharap semua rakan-rakan parti dari DAP dan PKR dapat membantu PAS menawan kerusi Parlimen Sungai Besar. "Saya sangat berharap Adun Sekinchan (DAP), Ng Sue Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya. Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," katanya. - Hrkh.

Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?

Posted by LensaHp on 05 March 2015 |


Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk dimuka time nak balik solat Subuh.

Politik ganas macam ni dalam Umno pun takdak rasanya. Kata 'PAS GANTI UMNO' tapi bab ni nampak dah lebih teruk dari umno.
posted from Bloggeroid

PAS diramal pecah selepas muktamar

Posted by LensaHp on 02 March 2015 |



Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki meramalkan parti Islam itu akan berpecah selepas muktamar tahunan yang dijadual pada 1 Jun depan.

Beliau dipetik akhbar Sinar Harian sebagai berkata analisisnya itu berdasarkan penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman parti yang tidak dapat diselesaikan oleh kepemimpinan parti.

posted from Bloggeroid

Tubemate aps android untuk mudah download video youtube

Posted by LensaHp on 01 March 2015 |


App Android yang mudahkan untuk download video dari Youtube. Yang cantiknya guna app ni kita boleh download sekerat dan sambung lain kali.

Untuk maklumat lanjut pasai app tubemate ni dan juga untuk downloak file apk boleh ke link http://m.tubemate.net
posted from Bloggeroid

Ust Ahmad Awang bekas ahli Masjid Syura PAS pertikai Multaqa II Ulama PAS

Posted by LensaHp on 27 February 2015 |


Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman? - Ust Ahmad Awang
posted from Bloggeroid

Cuaca panas melampau sekarang kesan biasa Fenomena ekuinoks?

Posted by LensaHp on 24 February 2015 |


"Fenomena ini bukan pertama kali malah ianya berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan september, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung." Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr Mazlan Hashim.

Cerita Dr. Mazlan ni macam fenomena ni benda biasa ja dan tak perlu kecoh sangat tapi Utusan kelmarin dulu siap terbitkan berita bertajuk "Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut". Yang betulnya bahaya sungguh ka dak?
posted from Bloggeroid

Pendirian Naib Presiden PAS ni belum muktamat kut?

Posted by LensaHp on |



"PAS ada 21 kerusi parlimen, UMNO mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, UMNO nak bagi berapa kerusi kepada PAS?" - Ust Tuan Ibrahim.

Kalau bab kerusi jadi taruhan aku yakin hasrat bergabung tu takkan jasi kenyataan tapi kalau Hudud yang jadi taruhan aku rasa ramai pemimpin PAS yang terlior...
posted from Bloggeroid

Gobind Singh nak PAS keluar dari Pakatan 18 Mac ni?

Posted by LensaHp on 22 February 2015 |

PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP. Gobind Singh.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

http://m.malaysiakini.com/news/289905

posted from Bloggeroid

Video rakaman Majlis pengkebumian TG Nik Aziz Nik Mat

Posted by LensaHp on 20 February 2015 |



Seminggu berlalu, kesedihan masih terasa...

Terima kasih kepada Kelantan TV dan ASTRO AWANI atas ehsan video semasa siaran langsung upacara pengkebumian jenazah Allahyarham Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


posted from Bloggeroid

Presiden PAS: Pilihanraya PBT bakal cetuskan 13 Mei

Posted by LensaHp on 23 January 2015 |

Sampai tara tu rupanya 'buruk sangka' Presiden PAS kepada DAP. Dan yang lebih teruk lagi sebab dilihat dari kacamata perkauman.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," - TMI

posted from Bloggeroid

Nurul Izzah sah bercerai, bakal jadi janda paling hot?

Posted by LensaHp on 15 January 2015 |

Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. - Malaysiakini.

Kompom Nurul Izzah akan jadi janda paling hot tahun ni. Tentu punya troopers Umno akan main isu peribadi ni ke tahap maksima. Sebelum ni pun dah tersebar khabar angin skandal Nurul Izzah ni dengan seorang jejaka...

posted from Bloggeroid

Sirul Azhar selamat di Australia walaupun mahlamah jatuhkan hukuman mati kes bunuh Altantuya.

Posted by LensaHp on |

Selamba ja Australia tolak permintaan Malaysia, kalau jadi kat Malaysia aku yakin belum Australia minta ekstradisi Malayaia yang kalut offer.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik. - Malaysiakini
posted from Bloggeroid

Video edisi pertama 'tanpa seluar' dalam subway di Bucharest

Posted by LensaHp on 13 January 2015 |



Bucharest holds its first ever "No Pants Subway Ride Day" where commuters are encouraged to take the metro in their underwear.

Harap-harap taksak la rakyat Malaysia yang cukup CELAKA bawak budaya macam ni kat Malaysia. Dengan budaya KPop pun dah jadi carca merba awek bertudung...


posted from Bloggeroid

PAS sasar kutip RM5juta program Makan Malam Tabung Pemulihan Bencana Banjir

Posted by LensaHp on |


PAS melancarkan tabung khas bagi membantu memulihkan semula penempatan penduduk di Kelantan yang musnah dilanda banjir teruk pada 26 Disember lalu. Pengerusi Tabung Pemulihan Bencana Banjir Mohamad Sabu berkata, mangsa banjir perlu terus dibantu oleh semua pihak kerajaan pusat, negeri, NGO dan juga parti politik.

Bagi merasmikan pelancaran tabung ini, PAS akan menganjurkan majlis makan malam pada 9 Febuari ini dan mensasarkan kutipan sehingga RM5 juta pada malam tersebut. - Hrkh.

posted from Bloggeroid

Azilah, Sirul dikekalkan hukuman mati bunuh Altantuya tanpa motif?

Posted by LensaHp on |

Mahkamah Persekutuan juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Koperal Sirul Azhar yang tidak hadir pada perbicaraan hari ini.

Yang 'lebih penting' lagi Razak Baginda tetap bebas sebab 'motif tidak penting' dan antara saksi penting yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan termasuk adikong timbalan perdana menteri ketika itu, DSP Musa Safri.
posted from Bloggeroid

Sudut pandang berbeza bencana banjir di Kelantan

Posted by LensaHp on 12 January 2015 |



Akaun Instagram TTFGA mencuri tumpuan ramai ketika banjir buruk melanda Kelantan.

Dimiliki seorang jurugambar, Ridduan Ismail, apa yang cuba ditunjukkan ialah sudut pandangan positif mangsa banjir di Rantau Panjang Kelantan.
Apa yang cuba digambarkan pengguna Instagram TTFGA, Ridduan Ismail adalah sudut pandangan yang lain mengenai bencana banjir di Kelantan.


posted from Bloggeroid

Mejar Zaidy diputuskan bersalah kes dakwat kekal yang tak kekal

Posted by LensaHp on |

Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak. - TMI

Mahkamah kata dia bersalah sebab dedahkan yg SPR kata dakwat kekal masa PRU13 dulu tu pembohong 'tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.'

posted from Bloggeroid

Manjor Menangis - Kemusnahan Kuala Kerai akibat banjir

Posted by LensaHp on |



Suasana kemusnahan akibat banjir di Kampung Manjor / Karangan Kuala Krai

Share video ni... datanglah bantu...
Mereka dah lama tidur dlm khemah... :(

posted from Bloggeroid

Video bodohnya awek peminat Kpop tu biar dipeluk atas pentas

Posted by LensaHp on 11 January 2015 |



Takdak istilah yang lebih sesuai kut dari BODOH. Tapi bila difikirkan balik tak perlu heran pun pasai aksi berpeluk atas pentas ni benda biasa cuma yang jadi sikit luar biasa sebab budak-budak perempuan tu pakai tudung. Tapi nak heran apanya, ramaik yang pakai tudung sekarang ni tak lebih dari sekadar berfesyen.

Bukan takat berpeluk, awek bertudung yang siap telanjang bogel dengan video aksi berzina pun belambak dok ada. Google ja tentu jumpa punya.


posted from Bloggeroid

PAS Kelantan kata tanpa Umno takdak Hudud?

Posted by LensaHp on 22 December 2014 |



PAS mengakui bahawa tanpa kerjasama Umno dan kerajaan pusat bahawa undang-undang syariah, hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan di Kelantan. - KiniTV.

PAS Kelantan ni terdesak sangat ka sampai dah lupa siapa Umno. Takkan depa yakin sangat Umno dah bertaubat nasuha dari kejahiliahan dalam bab hukum hudud ni dan dah jadi ikhlas kut?

posted from Bloggeroid

yllix 300x250

Recent News

Most Popular

fb-like-box

Receive all updates via Facebook, click the Like button...
Receive all updates via Email...

Busuk