PAS sasar kutip RM5juta program Makan Malam Tabung Pemulihan Bencana Banjir
13 January 2015
PAS melancarkan tabung khas bagi membantu memulihkan semula penempatan penduduk di Kelantan yang musnah dilanda banjir teruk pada 26 Disember lalu. Pengerusi Tabung Pemulihan Bencana Banjir Mohamad Sabu berkata, mangsa banjir perlu terus dibantu oleh semua pihak kerajaan pusat, negeri, NGO dan juga parti politik.
Bagi merasmikan pelancaran tabung ini, PAS akan menganjurkan majlis makan malam pada 9 Febuari ini dan mensasarkan kutipan sehingga RM5 juta pada malam tersebut. - Hrkh.