PRK Sungai Besar: Dr. Rani calon terbaik PAS untuk menewaskan Amanah.

30 May 2016


Walaupun ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan tak sanggup nak mengakui tapi realitinya keputusan PAS untuk letak Dr. Rani sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar adalah satu pilihan yang cukup bijak, mungkn pilihan yang paling bijak sejak muktamar PAS tahun lepas yang menyaksikan perwakilan PAS buat pilihan paling mengarut.
Harakahdaily melaporkan:
Dr Abdul Rani Osman terkejut dan tidak pernah terlintas dipilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun nanti. Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS itu diterima dan diharap semua rakan-rakan parti dari DAP dan PKR dapat membantu PAS menawan kerusi Parlimen Sungai Besar. "Saya sangat berharap Adun Sekinchan (DAP), Ng Sue Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya. Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," katanya. - Hrkh.
Walaupun ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan tak mengakui tapi realitinya keputusan PAS untuk letak Dr. Rani sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar adalah satu pilihan yang cukup bijak, mungkn pilihan yang paling bijak sejak muktamar PAS tahun lepas yang menyaksikan perwakilan PAS buat pilihan paling mengarut. Sekurang-kurangnya sikit sebanyak DAP akan 'tersentot' dengan calon pilihan PAS ni yang memang diketahui umum [punya hubungan yang cukup baik dengan masyarakat cina termasuk pemimpin DAP. Bukan saja DAP tapi PKR pun tentu 'tersentot' juga sebab Dr. Rani ni menang jenis 'mesra alam'. Tapi yang sohehnya Dr. Rani akan lebih memudahkan untuk ahli dan pemimpin PKR kalau depa berniat nak sokong jentera PAS berbanding kalau PAS pilih calon lain terutama kalau dipilih calon yang 'sekapala' dengan Presiden PAS. Malah lebih dari tu aku yakin, jentera Amanah pun akan 'tersentot' jugak sikit pasai Dr. Rani selama ni ramai yang lebel dia sebagai 'harum manis', ruang untuk depa 'belasah' peribadi calon sangat kecil. Harakahdaily jugak melaporkan:
Beliau yang ditemui selepas pengumuman calon di markas PAS Kawasan Sungai Besar turut berharap ahli dan pimpinan PKR dapat bersama-sama membantu PAS untuk menawan kerusi Parlimen Sungai Besar. "Saya harap kita dapat meneruskan kerjasama berterusan sebab atas tiket Pakatan Rakyat, kita telah berjaya jatuhkan Umno BN pada Pilihan raya Umum ke-13," katanya. Beliau yang juga Adun Meru berkata, begitu juga dengan rakan-rakan dalam PAN perlu bekerjasama memberi bantuan kepada PAS untuk menang pada pilihan raya kecil ini. "Saya berkawan semua. Pimpinan PAN sebelum ini ada minta sumbangan kewangan daripada saya untuk buat majlis, saya bagi bantuan. Pada saya musuh kita adalah Umno BN bukan sesama kita.- Ibid.
Yang paling nampak jelas, calon yang PAS pilih ni sangat sesuai untuk menentang calon Amanah dan peluang untuk calon PAS dapat undi lebih berbanding calon dari Amanah sangat besar. Sekurang-kurangnya di mata pengundi melayu pro pembangkang, calon PAS yang lebih selalu dilihat bersongkok ni boleh menafikan tuduhan Amanah yang kata "PAS menolak profesional". Dan aku yakin Dr. Rani sikit sebanyak akan dapat tarik lebih ramai orang cina untuk undi PAS dalam PRK Sungai Besar ni yang sebelum ni lebih cenderong untuk undi calon Pakatan Harapan. Kalau kena dengan cara berkempen memang tak mustahil Dr. Rani akan dapat lebih undi berbanding yang calon Amanah akan dapat. Faktor negatif pemilihan Dr. Rani ni mungkin atas fakta dia bukan anak tempatan dan Adun, tapi sebagai calon parlimen faktor anak tempatan tak sangat mempengaruhi, dan sebagai Adun pun takdak masalah sangat sebab isu macam tu bukan satu benda yang asing selama ni dalam politik Malaysia.

yllix 300x250

Recent News

Most Popular

fb-like-box

Receive all updates via Facebook, click the Like button...
Receive all updates via Email...

Busuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...